Isnin, 11 November 2013
Shut Down Timer
Terima kasih kepada saudari Aini yang bertanyakan cara untuk set supaya komputer/laptop shut down mengikut waktu yang kita mahu.
Terdapat beberapa keadaan dimana kita tidak mahu shut down komputer kita segera seperti download yang belum habis, atau windows update yang terlalu lama dan lain-lain sebab.
Di talian sekarang terdapat software-software yang diberi nama shut down timer yang boleh di download secara percuma. Tetapi kebanyakkan orang malas untuk download dan lebih suka untuk mengunakan sistem shut down timer yang sedia ada yang boleh di buat sendiri dalam windows.
Untuk membuat sendiri "shut down timer" di windows, anda tidak perlu download apa-apa, anda hanya perlu ikut langkah-langkah dibawah.
1- Pergi ke desktop anda dan "Right Click" tertikus anda , pilih "New" dan pilih "Shortcut".
2- Tertingkap Shortcut akan keluar. Taip "shutdown.exe -s -t 3600" (3600=(60saat x 60 minit)=1jam. Ganti dengan masa yang anda inginkan).
3- Tekan "Next" dan taip nama "Shut Down Timer" atau apa-apa aja dan tekan "finish"
Sekarang shutdown timer anda sudah tersedia di desktop anda, tekan saja shutdown timer itu bila anda mahu gunakannya. Tetapi sebelum itu anda juga harus membuat Shutdown Timer Abort. Ini untuk "cancel" shutdown timer itu, contoh mungkin anda tertekan atau mengubah fikiran untuk terus menggunakan komputer.
Untuk membuatnya ikut langkah dibawah.
1- Pergi ke desktop dan "Right click" > "New" > "Shortcut" macam tadi.
2- Tertingkap Shortcut akan keluar. Taip "shutdown.exe -s -a" (a=abort).
3- Tekan "Next" dan taip nama "Shut Down Timer Abort" dan tekan finish.
Sekarang anda sudah mempunyai "Shut Down Timer" dan "Shut Down Timer Abort" untuk digunakan.
**untuk gunakan "Shut Down Timer" click saja di desktop.
**untuk batalkan "Shut Down Timer" click saja pada "Shut Down Timer Abort".
**untuk menukar masa pada "Shut Down Timer yang telah ada di desktop, anda cuma perlu "Right Click" pada "Shut Down Timer" dan pilih "Properties" dan tukar nilai saat itu.
**untuk lebih kemas, anda juga boleh menukar Icon "shut down timer" anda..
Atau
Untuk cara yang menngunakan software anda hanya perlu download Shut Down Timer dari internet atau boleh download di link yang telah saya masukkan untuk anda. Install dan ikut arahan software tersebut
DOWNLOAD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hai admin. Kalau nk set supaya komputer kita on sendiri setiap pagi boleh tak? and mcm mana nak hntar soalan kat admin? ada email?
Ceria Selalu, Terima kasih, nanti saya akan buat tutorial untuk itu. Untuk pertanya anda boleh tgl kan komen mcm di atas. email takut saya x perasan..