Jumaat, 4 Oktober 2013

Bill Gates Dihalau Dari Windows

0 ulasan
 

Sebagai pengasas Microsoft, kini Bill Gates sudah tidak aktif dalam aktiviti harian di syarikat besar tersebut, namun beliau masih punya pengaruh besar sebagai seorang Chairman.
Namun menurut Reuters, tiga orang pelabur besar di Microsoft yang tidak disebutkan namanya dikhabarkan memaksa pengahrah Microsoft agar Gates undur dari jawatannya.
Tiga orang ini memiliki kombinasi saham sebesar 5% dan dikatakan mampu menghadang idea dan strategi baru yang diusulkan CEO Microsoft berikutnya, pengganti Steve Ballmer yang sudah menyatakan akan undur diri tahun ini. Namun tiga  orang pemegang saham itu tidak pula memberi sebarang alasan dalam tindakan mereka menyuruh Bill Gates undur.

Buat masa sekarang Bill Gates lebih memberi tumpuan kepada urusan amal di Bill and Melinda Gates Foundation sejak 2008, namun dalam 1 atau 2 hari setiap bulan beliau akan datang melakukan kerjanya di Microsoft.
Saham miliknya di Microsoft kini dijual olehnya setiap tahun lebih kurang 80juta dan ini mungkin akan menjadikan beliau kehilangan kesemua sahamnya di Microsoft pada 2018 sekiranya beliau terus menjual sahamnya.







List Pencarian:
= Windows
= Bill Gates
= Bill Gate dipecat
= Bill Gate windows

Leave a Reply

Soalan Atau Cadangan, tinggalkan disini.