Jumaat, 24 Januari 2014

TIPS - Mendirikan Website [Part 1-HOSTING]

0 ulasan
 

Hosting:
Hosting merupakan "tempat" atau boleh diibaratkan seperti sebuah "tapak" yang mana digunakan untuk menyimpan/menempat/meletakan barang-barang seperti domain (file/website).


Hosting adalah berbentuk server yang mana ianya amat penting bagi mendirikan sebuah website. Terdapat beribu pengendali / syarikat yang menjual dan menyediakan khidmat hosting di internet dan tidak kurang juga ada yang menawarkan khidmat hosting ini secara percuma.


Tetapi apa yang menjadi tolok ukuran dalam memilih hosting?
Perkara yang pertama yang harus dilihat ialah saiz sesebuah hosting itu. Saiz hosting penting dengan melihat kepada jenis website yang kita mahu dirikan, kerana sesetengah website kecil tidak memerlukan saiz hosting yang besar, berbeza pula dengan website besar atau website-website yang menyediakan servise muat naik dan muat turun.


Perkara yang kedua pula ialah kelajuan. Kelajuan tidak bergantung kepada saiz sesuatu hosting, tetapi ianya bergantung kepada server yang digunakan oleh pihak penyedia hosting. Kelajuaan sesebuah hosting akan memberi kesan kepada pelayaran internet apabila orang luar membuka website kita dan juga apabila kita mahu memuat naik file kedalam server. Sekiranya perlahan, maka proses memuat naik & memuat turun akan perlahan, dan loading website akan lambat.


Yang terakhir ialah harga. Tidak semua hosting yang laju itu harganya mahal, dan tidak semua hosting yang mahal itu besar dan laju. Dalam faktor harga, anda seharusnya mencari hosting yang bagus dan sesuai dengan website yang akan didirikan. Terdapat banyak hosting yang murah yang mana kelajuan dan saiz nya amat mencukupi, malahan terdapat juga hosting-hosting percuma yang laju yang membolehkan anda memasang domain anda kepadanya.

Secara keseluruhnya 3 faktor yang perlu diambil kira ialah SAIZ, KELAJUAN, dan HARGA.

Tepuk dada tanya selera.


Antara Hosting Percuma yang laju & Besar:
- FreeHostingNoAds
- 1FreeHosting
- 000Webhost












List Carian:
- Tips Bina Website
- Hosting Free
- Speed Hosting
- Best free hosting
- Cara Bina Website
- Free Hosting No ads


Leave a Reply

Soalan Atau Cadangan, tinggalkan disini.